AbOuT me , LilOlala ^_____^

click here to follow me :)
I AM....A sister,A grandaughter,A niece,A cousin,A friend.I AM A partner,A student,A young girl and A grown woman.I AM confident and scared.Terrified and excited.I AM loving and caring,and thoughtful and hopeful.I AM sick and tired.I AM shy and friendly,and careful and careless.I AM broken and whole.I AM misunderstood,misguided and mislead.
I AM hardworking and determined.But a little scared on the inside. I wish on stars and dream my dreams.I pray to god and cry my tears.I smile on the outside,while i am dying on the inside.I listen to others who won't listen to me.I walk on eggshells and i walk on fire.I believe in passion but not true love. I love you and i push you away.I want you but not so close.I AM everything and nothing all at once.for the last few words,I JUST DO WHAT I WANT.IT'S NOT ABOUT WHAT PEOPLE ARE SAYING.IT'S ABOUT ME

mini story :)


salam. :)firstly na ckp cite ini bkn rekaan sndri.lilo copy n paste sje.hhe.so lilo bkn la writer sbena cte nih.spe writer sbena???jeng3.lilo pon tatau.:D.bkn pe,bce2 pastu bkenan,tp lpe na tgk spe writer.sje na sharing2 ngn korang,njoy ok !


Aspura anti Aspuri
Aku terjaga dari tidur. Huh, seram sungguh mimpi tadi! Dalam mimpiku, aku berkahwin dengan Noni 3A. Suasana ketika itu meriah. Aku duduk di depan seorang kadi yang menjabat tanganku erat. Aku nikahkan engkau dengan Nurri Syuhada bte Rahim dengan mas kahwinnya RM50 tunai, ucap kadi itu. Dengan lancar dalam satu nafas aku melafazkan, Aku terima nikahnya Nurri Syuhada bte Rahim dengan mas kahwinnya RM50 tunai. Kemudian, Abang Chik dan Safuan yang berperanan sebagai saksi mengesahkan ijab kabul tersebut. Dan dengan itu, secara rasminya aku telah sah bergelar suami kepada Noni 3A!Doa Apabila Terganggu dan Terkejut Ketika Tidur atau Rasa Kesepian Aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaanNya dan azabNya, daripada kejahatan hambaNya dan daripada hasutan syaitan-syaitan dan daripada syaitan mendekatiku.Aku mengesat peluh dingin yang membasahi dahiku. Fuh, nasib baik mimpi! Kalau betul, tak tahulah macam mana aku nak jalani kehidupan aku nanti. Aku melirik jam di sebelah katilku  4.17 pagi. Boleh solat tahajud ni! Ketika aku menarik selimutku untuk keluar dari dalamnya, sesuatu yang lebih dahsyat dan menyeramkan membuat aku separuh menjerit. Noni 3A sedang lena di sebelahku! Oh, tidak! Aku duduk di tepi katil sambil memicit-micit kepalaku yang sedaya upaya berfikir. Mengapa Noni 3A ada di sebelahku? Perkara pertama sekali kuperiksa ialah tubuhku. Setelah kuamati dengan teliti, tubuhku alhamdulillah masih berbalut dengan baju dan seluar. Maksudnya tiada apa-apa yang tidak enak berlaku antara kami berdua. Aku berfikir dengan lebih dalam. Mulutku berkumat-kamit membaca selawat ke atas nabi. Itulah tindakan yang kulakukan sekiranya aku dalam keadaan lupa. Tadi, aku bermimpi bahawa aku mengahwini Noni 3A. Tetapi benarkah itu sekadar mimpi. Atau perkahwinan itu benar-benar terjadi? Mataku terbeliak! Sekarang aku sudah ingat! Aku memang mengahwini Noni 3A tengah hari tadi. Dan upacara akad nikah itu memang benar-benar berlaku. Astaghfirullahal adzim! Aku mengucap panjang. Penyakitku masih belum hilang rupanya. Dari kecil hingga sekarang, penyakit lupa selepas bangun tidak pernah pulih. Walau berapa banyak kaedah rawatan pun yang aku jalankan, semuanya tidak mendatangkan hasil. Aku tidak pasti sama ada aku seorang sajakah yang menderita penyakit ini? Wallahu alam. Inilah ujian ALLAH SWT buatku. Kulihat Noni 3A yang masih lena. Dalam cahaya yang samar-samar kumasih dapat melihat wajah kepenatannya. Sudah tentu dia letih melayan tetamu yang datang sehingga pukul 11 malam tadi. Dengan ragu-ragu tanganku menyentuh bahunya. Noni. Noni, aku menggoyang bahunya. Liatnya dia nak bangun. Bagaimana kehendakku ingin dipenuhi kalau dia masih tidur. Lantas aku memasuki bilik air kemudian membawa segayung air. Kucelup tanganku di dalam gayung itu sebelum kurenjis wajahnya. Mata Noni 3A yang masih terpejam bergerak-gerak. Keningnya berkerut. Pun begitu, dia masih berdegil untuk bangun. Kehendakku kala itu meronta-ronta. Noni, kau mesti bangun! Kurenjis wajahnya dua kali. Eh, apa ni?! Noni 3A bingkas duduk. Tangannya menyapu-nyapu wajahnya yang sedikit basah. Jom,ucapku sambil tersengih. Noni 3A seperti terkejut. Aku tak pasti sama ada dia terkejut kerana aku bangunkan dia, atau dia terkejut dengan perkataan yang kuucap itu. Jom? ulangnya dalam bentuk pertanyaan. Aku dapat mendengar jantungnya berdegup kuat. Dia menepis tanganku ketika aku cuba menarik tangannya. Awak nak bawa saya ke mana? tanyanya dengan nada risau. Aku tersenyum. Malam ni eh, silap! Pagi buta ni, saya kulihat Noni 3A semakin pucat. Saya nak ajak awak solat tahajud bersama saya. Noni 3A mengeluh nafas lega. Aku beredar meninggalkan dia yang masih dalam keadaan terkejut sambil bibirku tersengih kecil. Hehe mesti dia takut separuh mati dengan lakonan suspens aku tadi. Sebelum aku menutup pintu bilik air, kusempat terdengar Noni 3A seperti mengomel sesuatu. bersambung...

PART 2
Zaman persekolahan Tujuh tahun yang lalu, aku berjaya menjejakkan kaki ke sebuah Sekolah Berasrama Penuh. Keputusan PMRku yang cemerlang melayakkan aku menjadi golongan pelajar SBP. Ibu bapaku berasa bangga kerana kesemua anak mereka berjaya memasuki SBP dan MRSM. Dan aku lebih berasa bangga kerana akhirnya aku berjaya menebus kekecewaan kerana tidak memasuki SBP selepas UPSR dulu. Bukan aku tak layak, namun aku tidak mendapat sebarang tawaran. Berbeza dengan keempat-empat abangku yang lain, mereka menjadi pelajar SBP dan MRSM sejak tingkatan satu lagi. Ketika aku memasuki SBPX (nama dirahsiakan), kelompok pertama yang menjumpaiku ialah kelompok pelajar lelaki yang anti dengan pelajar perempuan. Maaf, mereka bukan gay. Namun, mereka kurang menyenangi perangai kebanyakan perempuan di sekolah itu. Mereka menggelarkan kumpulan mereka 4A (Aspura Amat Anti-Aspuri). Memandangkan ketika itu aku belum mempunyai ramai kenalan, secara automatiknya aku menjadi salah seorang daripada kumpulan 4A. Kebetulan, aku juga sememangnya tidak rapat dengan mana-mana perempuan. Apatah lagi dalam keluargaku tiada jantina itu melainkan ibuku. Kumpulan 4A tertubuh apabila terdapat kumpulan yang hampir sama dengan 4A dalam kalangan aspuri. Merekalah yang memulakan dan mencetuskan kumpulan anti-menganti ini. Nama kumpulan mereka ialah 3A (Aspuri Anti-Aspura). Dan salah seorang daripada anggota 3A ialah Noni! Asalnya aku dan Noni tidaklah bermusuh sangat. Namun, ada peristiwa yang sangat memalukan dirinya dan hampir menjatuhkan air mukaku telah berlaku beberapa bulan selepas aku masuk di sekolah itu. Semenjak itu, kami berdua menjadi musuh ketat. Tersangat ketat! Namun, sungguh tidak kusangka Noni 3A kini menjadi milikku. Aku seakan percaya dan tidak percaya akan perkara ini. Ibuku, Hajah Rohayu, sudah maklum bahawa kesemua anak lelakinya tidak akan membantah kemahuannya. Begitulah cemerlangnya didikan ibu dan ayah yang membuat kami sentiasa patuh arahan mereka. Dan kerana kepatuhanku itulah yang menjodohkan aku dengan musuh ketatku itu. Ibu nampak kamu ni dah dewasa. Kewangan kamu pun sudah stabil, ibuku memulakan mukadimahnya. Jadi, ibu kepingin sangat nak melihat anak bongsu ibu ni membina rumah tangga seperti abang-abang kamu yang lain.Aku ketika itu sekadar mengukir senyuman. Aku sudah tahu maksud tujuan ibu memanggilku pulang ke kampung. Oleh itu, aku juga telah sedia memasang telinga untuk mendengar luahan ibu. Malah, aku juga membawa kejutan besar kepada ibu ketika itu. Ibu, sebelum ibu bercakap lebih lanjut, saya ada sesuatu nak tunjukkan dengan ibu.Aku mengeluarkan sepucuk envelope besar dari beg bimbitku. Ibu membukanya envelope itu dan membaca kandungannya dengan teliti. Wajah ibu berubah antara terharu dan gembira. Dia mengucup sijil kursus perkahwinan yang tertera namaku di atasnya. Kamu sengaja buat ibu terkejut. Bila kamu ikut kursus ni? Aku tertawa kecil. Selepas ibu gesa Abang Chik kahwin dulu, saya cepat-cepat daftar borang untuk kursus perkahwinan. Nanti tidaklah tergopoh-gapah macam Abang Chik.Kamu sudah ada calon? Aku menggeleng kepala. Soal pasangan hidup saya, saya serahkan kepada ibu dan ayah. Sama seperti Abang Long, Abang Chik, dan Safuan  kecuali Abang Ngah. Saya tahu, ibu dan ayah mesti inginkan pasangan yang terbaik dan solehah untuk anak-anak, kan? Ibu mengucapkan kesyukuran kehadrat Ilahi. InsyaALLAH minggu depan ibu akan beritahu gerangan bidadari buat kamu nanti. Bulan hadapan kita langsungkan majlis perkahwinan kamu tanpa pertunangan. Aku mengangguk tanda setuju. Walaupun sebenarnya aku berdebar dalam hati. Inilah pertama kalinya aku berasa berdebar kerana wanita. Dalam hatiku, aku berdoa.Doa untuk Memudahkan Sebarang Urusan Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.Sekarang Mata Noni 3A bergenang tangis  merah. Kami berdua baru saja selesai berbahas tentang Facebook. Aku menegurnya agar tidak berhubung dengan lelaki lain dalam laman sosial itu. Sebagai isteri, dia tidak boleh bergaul dengan lelaki yang tidak pernah dikenalinya. Noni 3A menegaskan bahawa langsung tidak terdetik di hatinya untuk menjadikan kenalan-kenalan barunya itu sebagai calon suami. Sekadar mengisi masa lapang saja. Dengan menggunakan nama dan tanggungjawabku sebagai seorang suami, aku menegaskan bahawa aku tidak membenarkan Noni 3A berhubung dengan kenalan-kenalan barunya itu. Saya nak tahu dari mulut awak sendiri, suara Noni 3A memecah kesepian dalam ruang tamu. Mengapa awak mengahwini saya kalau awak tahu yang awak tidak mencintai saya? Aku diam. Cuba memikirkan jawapan yang sesuai untuk kulontarkan kepadanya. Agar selepas memberi jawapan tersebut, kami berdua tidak bertengkar lagi. Aku sendiri pun sudah bosan dengan kehidupan berperang mulut sebegini. Walhal, aku asalnya seorang yang tidak banyak mulut. Noni.Jangan panggil saya Noni! pintas Noni 3A. Aku menahan sengih. Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang sedia kacau. Gelaran Noni 3A itu diberikan oleh kumpulan 4A dahulu kerana salah seorang ahli 4A tersalah dengar nama Nurri sebagai Noni. Semenjak itu, gelaran Noni lekat padanya. Maaf. Nurri, secara jujurnya saya sendiri tidak tahu mengapa saya mengahwini awak. Tapi saya yakin bahawa ini ketentuan ALLAH SWT untuk awak dan saya. Ketentuan bahawa awak menjadi isteri saya. Jujur, saya tidak pernah mempersoalkan tentang jodoh kita berdua. Saya tahu ALLAH SWT telah memberikan yang terbaik buat saya. Saya harap awak tidak lagi mempersoalkan tentang jodoh yang ditetapkan ini. Banyakkan istighfar. Kita telah melakukan kemungkaran jika kuasa ALLAH SWT tidak kita yakini.Larangan Mengingkari Takdir Diriwayatkan dari Umamah r.a, ia berkata, "Rasulullah saw. bersabda, 'Tiga macam orang yang tidak akan menerima dari mereka tebusan ataupun taubat: Orang yang durhaka, yang suka mengungkit-ngungkit pemberian, dan mendustakan takdir'," (Hasan, Ibnu 'Ashim dalam as-Sunnah [323]).Dan aku menarik nafas panjang. Mencari kekuatan untuk mengungkapkan  saya cuba sebaik mungkin untuk mencintai awak. Saya harapkan awak juga macam tu. Noni 3A mengesat mutiara kaca yang hampir tumpah di pipinya. Tapi sampai bila? ujarnya separuh berbisik namun masih boleh kudengari. Sampai bila kita nak hidup sebegini.Penderitaan ini akan tamat setelah saya sepenuhnya mencintai awak dan dalam masa yang sama hanya saya seorang yang menjadi kekasih dalam hati awak  setelah ALLAH SWT dan pesuruhNYA Muhammad SAW. Aku sendiri tidak menyangka bahawa aku boleh mereka sebuah ayat yang  pada pendapatku  romantis islami. Banyakkan berdoa kepadaNYA agar disemaikan benih cinta kerana ALLAH dalam rumah tangga kita. Aku mendekatkan diri kepada Noni 3A. Kuambil tangannya dan kutekapkan di dadaku. Aku tidak tahu mengapa aku berani menyentuh tangannya sedangkan sebelum ini jarang sekali kami bersentuhan. Aku dapat merasakan debaran Noni 3A ketika aku merapatkan wajahku ke wajahnya. Pipinya merona merah. Semakin lama wajah kami mendekat. Aku memejamkan mataku.Cukup! Serta-merta aku mendapati tubuhku tersandar di tepi almari. Hidungku terasa panas. Terdapat cecairan pekat sedang mengalir keluar dari dalamnya. Darah! Noni 3A menekup mulutnya. Aku tahu, dia tidak sengaja menumbuk batang hidungku. Addin! Noni 3A meluru pantas ke arahku. Auchh!!! aku mengaduh ketika dia menyentuh batang hidungku. Oh, maaf! Maaf! Saya tak sengaja! kelam kabut dia jadinya. Aku terus menyambar tangannya. Dia terkaku apabila mata kami saling bertentangan. Please gumamku perlahan. Please get me the first aid.Tanpa banyak membantah, dia segera mendapatkan kotak kecemasan. Aku tertawa sendirian sambil menahan pedih di hidung. Hmm.. padan dengan muka aku sendiri!

part 3
Zaman persekolahan  Semua pelajar telah meninggalkan bangunan akademik. Ketika berjalan bersama pelajar yang lain untuk ke asrama, aku tiba-tiba teringat buku Lelaki Soleh yang tertinggal di atas meja kelasku. Aku nak balik ke kelas kejap. Nak ambil barang tertinggal, aku meminta izin kawan-kawanku untuk tidak menyertai mereka menuju ke asrama. Sambil berlari-lari anak, aku masuk ke kelas 4 Umar al-Khatab. Buku berwarna kuning kesayanganku itu tergeletak kemas tanpa terusik sedikitpun kedudukannya ketika aku selesai membacanya tadi. Dengan senang hati, aku mengambil buku itu. Maaf, pelajar tak dibenarkan duduk di kelas antara pukul 2 petang hingga 3 petang. Ini peraturan sekolah, seorang pengawas menegurku dari luar pintu kelas. Saya cuma nak ambil buku saya, jelasku sambil menunjukkan buku tersebut. Mengapa tak ambil waktu prep saja?tanya pengawas itu. Maaflah, saya terpaksa ambil nama awak. Nama awak? tanya pengawas itu sambil mengeluarkan buku catatannya. Tak bolehkah awak consider sikit? Lagipun saya bukannya mencuri! Aku cuba mempertahankan diriku. Pengawas itu mengangkat mukanya  serius. Awak pelajar baru, kan? Aku mengangguk. Awak sepatutnya menjaga rekod pelajar baru awak agar tidak dilabel sebagai pelajar kurang berdisiplin. Saya dimaklumkan, pelajar pengambilan tingkatan empat telah diberi briefing tentang disiplin sekolah ini. Jangan disalahgunakan perkataan Saya budak baru dan saya tak tahu peraturan di sini! Sekali lagi, nama awak? Muhammad Addin bin Mustaqim, jawabku akur. Kalau tiada apa-apa lagi, saya minta diri dulu. Aku berjalan melintasi pengawas itu tanpa menoleh sedikitpun. Antara peraturan dalam kumpulan 4A  dilarang berbual tanpa sebab dengan pelajar perempuan dan dilarang memandang mereka dengan sengaja. Tidak berapa lama aku meninggalkan kelas, aku terdengar bunyi sesuatu mengaduh kesakitan. Kutoleh ke belakang dan mendapati pengawas tadi sedang melutut di koridor kelasku sambil menekan perutnya. Dengan berasa tanggungjawab, aku berpatah semula ke kelas. Awak tak apa-apakah?Awak pergi! Pergi! tegas pengawas itu sambil cuba berdiri sementara tangannya masih menekan perut. Dia terciritkah? Soalku dalam hati. Namun, tiba-tiba aku tahu apa yang menyebabkan dia kesakitan. Aku terlihat baju sekolahnya bahagian belakang berlumuran darah. Ya ALLAH, dia cedera! Serta-merta pengawas itu termelutut semula. Tanpa berfikir panjang, aku terus mengangkat pengawas itu. Aku takut dia mati di depan mataku. Kulihat wajah pengawas itu pucat seperti mayat dan bawah matanya berwarna hitam seperti pontianak. Oleh itu, lebih baik aku menyelamatkan nyawanya. Eh, apa awak buat ni! Lepaskan saya! Lepaskan saya! pengawas itu memukul-mukul dadaku. Aku tidak mengendahkan pukulan itu. Tujuan aku sekarang hanyalah menyelamatkan pengawas itu dengan menghantarkannya ke bilik guru. Nanti dia boleh dibawa ke hospital. Akhirnya aku sampai di bilik guru. Aku berasa lega kerana bilik tersebut masih penuh dengan guru-guru dan beberapa pelajar yang mungkin bertanya tentang pelajaran atau program. Pengawas itu terjerit-jerit ketika aku masuk ke bilik guru. Mungkin rohnya dah sampai halkum agaknya, pasal tu dia terjerit-jerit kesakitan  fikirku. Keriuhan yang datang dari pengawas itu serta-merta mendapat perhatian semua orang dalam bilik guru. Seorang guru yang paling dekat dengan pintu meluru mendapatkan pengawas itu. Mengapa dengan dia? tanya Cik Suwitah selepas aku menurunkan pengawas itu ke kerusi yang ditarik oleh cikgu tersebut. Lantas, aku menjarakkan diriku. Kami berdua mulai dikerumuni oleh guru-guru sementara pengawas itu mulai menangis. Ramai yang terkejut melihat baju putihku berdarah  terkena darah ketika mengangkat pengawas itu. Bilik guru tersebut mulai riuh-rendah. Cikgu, bawa dia segera ke hospital! Dia cedera parah! Cepat cikgu, ini kecemasan! ujarku. Mengapa dengan dia? ulang Cik Suwitah. Dia cedera parah cikgu. Tadi, tiba-tiba dia melutut dan saya lihat dia berdarah! jelasku lantas membuat esakan pengawas itu lebih kuat sambil menutup wajahnya. Di mana yang cedera parah? tanya seorang guru yang lain  ketika itu aku belum kenal semua nama guru. Belakang dia! jawabku pantas. Beberapa orang guru kulihat sedang berbisik-bisik. Tiba-tiba wajah beberapa orang guru lelaki berubah seperti menahan tawa sementara guru-guru wanita menyuruh semua lelaki yang ada di situ termasuk aku untuk meninggalkan bilik guru. Aku keluar bersama pelajar-pelajar lelaki yang turut berkumpul melihat kejadian itu. Seorang pelajar tingkatan lima menarik aku jauh dari bilik guru. Dia ketawa terbahak-bahak ketika menarik aku. Pelajar yang lain membuntuti langkah kami. Kau tahu tak darah apa yang melekat di baju kau ni? tanyanya. Dan kau tahu tak apa yang membuat pengawas itu berdarah? Aku menggeleng kepala. Pengawas tu sedang datang bulan. Dan ini darah bulanan perempuan! Hahaha pelajar tingkatan lima itu tertawa diikuti oleh pelajar yang lain. Mataku terbeliak! Dan permusuhan telah tercetus disebabkan kebodohanku! Sungguh! Aku tak suka bermusuh! Dan sungguh! Aku tidak arif tentang perempuan!Doa Ketika Ditimpa Sesuatu yang Tidak Disukai Allah sudah menakdirkan (menentukan) sesuatu yang dikehendakinya.bersambung...
PART 4
Zaman sekarang .Hidung awak dah okey belum? tanya Noni 3A ketika menghidangkan sarapan pagi untuk kami berdua. Wajahnya masih takut-takut. Saya lebih rela dapat sakit macam ni daripada sakit hilang ingatan, ujarku selamba. Noni 3A mengerutkan keningnya. Awak ada penyakit hilang ingatan? Hmm.. sekarang ni awak kenal saya tak?" Aku tertawa kelucuan. Saya hilang ingatan selepas bangun tidur saja. Tak lama lepas tu okey semula.Tak pernah saya dengar penyakit macam tu. Awak ni kes pertamalah ya? Aku mengangkat bahu. Entahlah. Agaknya kot.Awak tak pernah berubatkah? Noni 3A mulai bertanya seperti seorang polis menyoal siasat penjenayah. Dah banyak kali saya berubat. Bermacam-macam rawatan saya buat. Tapi ALLAH SWT belum mengizinkan saya untuk sembuh. Mungkin ada hikmah di sebalik penyakit ni yang saya belum ketahui, ujarku panjang lebar. Noni 3A mengangguk. Aku tak tahu untuk apa dia mengangguk. Sama ada dia faham atau pun ingin menandakan bahawa perbualan tamat setakat itu saja. Selepas menghabiskan sarapan yang disediakan, aku mengambil kunci kereta yang tersimpan di dalam mangkuk kaca khas di atas meja. Noni 3A tergesa-gesa dari dapur menuju ke pintu utama. Addin! panggilnya. Aku menoleh, Ya, mengapa? Sambil membetulkan tudungnya, dia melangkah menuju kereta. Petang ni boleh tak awak balik awal sikit? Saya nak beli barang, ujarnya. Eh, bukankah dua hari lepas kita dah berbelanja barang dapur? Tak kan dah habis? aku kebingungan. Bukan nak beli barang dapurlah, dia mencebik. Saya nak beli sedikit barang.Hmm yalah kalau macam tu. Jumpa awak petang ni. Assalamualaikum.Waalaikumussalam. Petang itu, seperti yang dirancangkan, kami bertolak ke pusat membeli barang yang dimaksudkan Noni 3A. Dalam perjalan, dia menjadi penunjuk arah sementara aku memandu mengikut arahannya. Aku memberhentikan kereta di hadapan semua pusat farmasi  Farmasi Syifa Muslim. Awak nak ikut tak? tanyanya ketika aku mematikan enjin. Hmm takpelah. Saya tunggu dalam kereta saja. Sememangnya aku keletihan ketika itu. Mana tidaknya, balik saja dari pejabat terus keluar semula untuk memandu Noni 3A. Radio Ikim kupasang, mendengar celoteh juruhebahnya dalam bahasa arab. Tidak lama kemudian, aku terlelap sehinggalah tingkap keretaku diketuk. Maaflah buat awak lama menunggu, ujar Noni 3A selepas masuk ke dalam kereta. Awak beli apa? Mataku melirik pada bungkusan yang dibawanya. Noni 3A tersenyum. Wah, menawan sekali senyumannya! Jantungku berdegup kencang seperti genderang mahu perang  seperti lirik lagi Ingin Bercinta. Semua ni saya belikan untuk merawat penyakit hilang ingatan selepas bangun tidur awak tu, ujarnya sambil mengangkat bungkusan itu. Mengapa awak susah-susah nak belikan untuk saya? Noni 3A mencebik. Pasal saya tak nak awak anggap saya sebagai orang asing ketika saya kejutkan awak. Sedih tau kalau suami tak kenal isteri walau sesaat. Ketika mengungkapkan ayat terakhir, aku dapat melihat pipi Noni 3A bertukar merah. Hmm sambil memulakan pemanduan, aku menyambung perbualan kami. Berapa yang awak bayar tadi. Biar saya bayar semula dengan awak.Eh, tak perlu! Lagipun duit yang saya gunakan tu ialah duit lebihan belanja barang dapur hari tu. Saya cuma tambah sikit saja, Noni 3A menolak selembut mungkin tawaranku tadi. Terima kasih, Nurri. Dan mulai saat itu aku mulai memanggilnya dengan nama sebenarnya  Nurri yakni cahayaku. Syukur alhamdulillah aku dikurniakan isteri sepertinya. At least, she brights my life!Hak atas Pasangan Suami Isteri Sabda Rasulullah saw. di Haji Wada', "Ketahuilah, bahwa kalian mempunyai hak-hak atas wanita-wanita (isteri-isteri) kalian, dan sesungguhnya wanita-wanita (isteri-isteri) kalian mempunyai hak-hak atas kalian." (Diriwayatkan para pemilik Sunan dan At-Tirmidzi men-shahih-kan hadits ini).


PART 5
Zaman persekolahan.SENYAP! Serentak, semua ahli 4A terdiam. Kebingitan yang melanda bilik studi tadi serta-merta padam ditiup kelantangan Abang Azlan  YDP (Yang di-Pertua) 4A. Mata Abang Azlan meliar tajam merenung satu persatu anak buahnya. Matanya kemudian berhenti ke arahku. Aku mulai berasa tidak sedap perut. Matilah aku! Matilah aku! Hatiku bermonolog kerisauan. Kita kembali kepada topik perbincangan kita yang paling utama. Tinggalkan sebentar isu sampingan yang mencetus kontroversi baru-baru ni! ujar Abang Azlan menunjukkan kredibilitinya sebagai seorang pemimpin. Isu kita sekarang ialah Kemerosotan Aspura dalam Akademik. Sekarang saya nak Hasif bacakan rekod pencapaian ujian bulanan dalam bulan ini, sambung Abang Azlan lagi. Hasif, selaku setiausaha 4A, bingkas berdiri. Assalamualaikum. Ini merupakan rekod ujian bulanan yang akan saya bacakan sebentar lagi. Saya akan bacakan tentang carta 10 Terbaik dan jantina pelajar tercorot dalam setiap tingkatan. Tingkatan Satu, hanya empat orang aspura tersenarai sebagai Top 10  namun keempat-empat mereka mendominasi carta satu hingga empat. Tahniah! Semua ahli bertepuk tangan, bangga. Namun, tiga orang dalam kalangan aspura juga menyandang gelaran sebagai tiga pelajar tercorot dalam ujian yang sama! Hasif merenung wajah wakil Tingkatan Satu  Saufi. Kemudian, Tingkatan Dua pula hanya tiga orang yang tersenarai dalam Top 10. Dan itu pun bawah dari nombor empat! tekan Hasif lantas membuat wajah Azlan semakin masam. Apa yang menariknya dalam Tingkatan Dua ialah  tiada seorang pun aspura yang menjadi 20 puluh orang tercorot!Hmm, Hasif menggaru-garu dagu sambil melihat kertas laporannya. Tingkatan Tiga  pelajar-pelajar yang bakal menduduki PMR! Mengapa hanya Afnan dan Haikal seorang saja yang tersenarai dalam Top 10? Nasib baik tempat pertama disandang oleh Afnan. Tetapi ini belum memuaskan kita. Jika bulan lepas sembilan orang menjadi Top 10, mengapa bulan ni merosot? Wakil tingkatan, sila ambil peranan! Jantina paling merosot saya tak nak sentuh kerana kita telah sedia maklum siapa yang selalu corot dalam tingkatan ini. Jantungku bedebar-debar ketika nama tingkatanku disebut. Tingkatan Empat. Kesemua 15 ahli 4A serentak merenung ke arahku. Aku menelan air liur. Tahniah, Top 10 semuanya dalam kalangan aspura. Malah, carta sebelas hingga 16 juga adalah aspura! Dan jantina yang corot ialah aspuri. Bilik studi Blok J yang menjadi markas perjumpaan 4A tiba-tiba riuh dengan sorakan dan ucapan kesyukuran. Ahli kumpulan yang duduk berdekatan dengan aku dan Fathi menepuk-nepuk bahu kami memandangkan kami berdua ialah wakil tingkatan empat. Seterusnya pelajar SPM  tingkatan saya dan YDP kita, Hasif menunjuk ibu jarinya kepada Abang Azlan. Alhamdulillah, YDP kita yang tidak pernah lepas dari nombor satu masih mengekalkan mahkotanya. Seterusnya tiga orang lagi tersenarai dalam Top 10. Malangnya, pelajar corot ialah aspura. Beberapa orang ahli 4A berbisik-bisik sambil memandang sinis ke arah Hasif ketika dia mengungkapkan perkataan terakhir. Fathi menarikku agar dia dapat berbisik di telingaku. Pelajar corot Tingkatan Lima  Abang Hasif sendiri, bisik Fathi perlahan yang mungkin. Sekian saja laporan dari saya. Kembali kepada YDP, ujar Hasif lantas duduk di tempatnya. Aku perasan mukanya ketika itu merah  disebabkan malu. Abang Azlan bangkit semula. Terima kasih kepada Hasif. Jadi saya nak simpulkan bahawa tingkatan yang didominasi oleh aspura dalam bidang akademik, sila tingkatkan prestasi anda. Manakala tingkatan yang dicacati oleh kecorotan aspura, saya harap kita sedia membantu mereka dan sentiasa follow up perkembangan mereka. Sekarang saya nak sentuh sekejap tentang isu yang tercetus baru-baru ini! Abang Azlan berdiam seketika  seperti mengawal kocakan amarahnya. Addin, sila berdiri. Aku berdiri perlahan-lahan  chuak dowh! Bacakan saya sepotong hadis yang kamu belajar minggu lepas. Aku terkedu! Apa motif Abang Azlan suruh aku membacakan hadis pula? Bukankah aku sepatutnya dimarah, diherdik?Takutlah Godaan Dunia dan Godaan Wanita Imam Muslim meriwayatkan dalam Sahihnya, daripada Abu Said al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: Hendaklah kalian takut terhadapa (godaan) dunia dan takutlah kalian terhadap (godaan) wanita.Selesai sahaja membacakan hadis tersebut, aku dipanggil untuk berdiri di hadapan bersama-sama dengannya. Oh tuhan, apalah nasibku selepas ini! Bersambung...
 

bile bace tamaw men2,suda bace sila komen :)

cOmelku :)kasi mkn dye k